Live Streaming

Ahad, 2 Disember 2012

Nil bertanggungjawab atas kekalahan

Nil bertanggungjawab atas kekalahan

Jurulatih Indonesia, Nil Maizar bertangunggjawab atas kekalahan 2-0 pasukannya kepada Indonesia di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu malam.
Indonesia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir selepas seri dengan Laos dan menang dengan Singapura telah tersingkir dari saingan Piala Suzuki AFF 2012 selepas tewas 2-0 kepada Harimau Malaya.
Walaubagaimanapun, jurulatih Nil Maizar memberitahu, beliau enggan menuding jari kepada sesiapa dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini.
"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya bertanggungjawab atas keputusan ini." katanya di sidang media selepas perlawanan.
"Pasukan saya telah beraksi dengan motivasi yang tinggi. Tidak mudah untuk membentuk pasukan. Ia perlukan proses. Saya telah lakukan yang terbaik selama enam hingga lapan bulan bersama para pemain." tambahnya.
Beliau akui, moral pemain sedikit merudum selepas Malaysia menjaringkan dua gol melalui Azamuddin Akil dan Mahali Jasuli dalam masa empat minit di babak pertama.
"Pasukan telah memberikan usaha yang maksima dan berjuang sehingga ke saat terakhir. Kami mempunyai beberapa peluang yang dihalang penjaga gol Malaysia.
"Selepas ketinggalan dua gol, pemain mungkin kurang bermotivasi tetapi ia merupakan hari Malaysia dan kami kurang bernasib baik." katanya lagi.
Indonesia masih belum pernah menjuarai Piala Suzuki AFF dan telah menjadi naib juara sebanyak empat kali.
Menurut Nil, maanya belum tiba lagi untuk Indonesia menjuarai kejohanan ini.
"Kita harus membuat persediaan yang lebih baik di masa akan datang. Saya tidak boleh katakan kami tidak bersedia dengan baik kali ini. Saya tidak mahu memberikan alasan. Seperti saya katakan, saya terima kekalahan in."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan