Live Streaming

Ahad, 2 Disember 2012

"Teerasil antara terbaik di Asia"

Myanmar vs Thailand: Teerasil Dangda

Jurulatih Thailand, Winfried Schafer memuji Teerasil Dangda setelah kemenangan 4-0 menentang Myanmar pada hari Selasa.
Pasukan Gajah Perang itu telah menjaminkan tempat dalam peringkat separuh akhir dalam Kumpulan A setelah meraih kemenangan di Stadium Rajamagala apabila Teerasil berjaya membuka tirai pada minit ke 20.
Apipoo Suntornpanavej turut menambah mata untuk pasukan setelah diturunkan sebagai pemain gantian sebelum Teerasil menyumbang dua gol berturut-turut dalam lapan minit terakhir sekaligus mengakhiri perlawanan untuk pasukan pelawat.
Katanya pada akhir perlawanan, Schafer mengakui bangga dengan pemain utama itu dan telah menyifatkan beliau sebagai salah satu pemain terbaik serantau.
"Beliau (Teerasil) adalah salah satu pemain terbaik di Asia," beliau memberitahu ESPNSTAR. "Beliau seorang yang terhandal.
"Beliau telah menonjolkan prestasi yang hebat untuk kelab Muangthong United dan saya amat gembira dengan pencapaian beliau.
"Beliau bijak dan juga merupakan pilihan kegemaran."
Setelah menghamburkan pujian terhadap pemain duo Theerathon Bunmathan dan Anucha Kitpongsri dalam kemenangan 2-1 menentang Filipina pada Sabtu lalu, jurulatih Jerman turut menunjukan penghargaan beliau terhadap kapten Panupong Wongsa.
"Sebelum ini, saya telah memberikan pujian terhadap dua pemain - Theerathon dan Anucha dari Buriram (United) dan Chonburi," Schafer menambah.
"Saya tidak ingin melupakan seorang pemain yang telah banyak membantu pasukan - kapten Panupong. Beliau telah menjadi seorang contoh terbaik dan memberikan sumbangan dalam mesyuarat pasukan dan saya gembira bahawa beliau telah berjuang dengan kami."
Walaupun Teerasil dan Panupong dikatakan sebagai pemain utama dalam pasukan Thailand, Schafer turut memuji keyakinan pasukan yang beliau yakin adalah kunci utama dalam persembahan mantap di mana setiap pemain telah melakukan peranan masing-masing.
"Saya ingin mengucapkan syabas kepada setiap pemain, termasuk yang telah dikecualikan di bangku simpanan," beliau berkata. "Semua orang bahagia dan sedang bejuang untuk satu misi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan