Live Streaming

Isnin, 2 April 2012

Dalglish kecewa dengan Liverpool

Newcastle vs Liverpool: Jose Enrique, Pepe Reina


Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish kecewa dalam kekalahan 2-0 kepada Newcastle yang menyaksikan penjaga gol Jose Reina dibuang padang.
Dalglish yakin pasukannya patut mendapat tendangan penalti apabila Danny Simpson kelihatan telah menggunakan tangannya di garisan gol dalam kekalahan 2-0 kepada Newcastle itu, tetapi beliau tidak mempunyai apa-apa isu lain dalam perlawanan yang menyaksikan penjaga gawangnya Reina dibuang padang apabila dia menanduk pemain pertahanan Magpies James Perch.

Pengurus Liverpool itu yakin bahawa kekecewaan memainkan peranan yang besar dalam saat-saat penting dalam perlawanan itu.

"Kami mempunyai banyak peluang dan kami tidak bernasib baik kerana tidak mendapat tendangan penalti, dan kejadian itu sepatutnya menyebabkan pemain mereka dibuang padang," katanya kepada Sky Sports News.

"Kemudian mereka dapat menjaringkan gol, yang dari sudut pandangan kami adalah sungguh mengecewakan, dan pasukan saya menunjukkan kekecewaan dan mungkin terlalu bersimpati dengan diri mereka sendiri.

"Pepe menjadi marah, kecewa dan mendapat kad merah sebelum Andy berarak ke terowong (selepas digantikan), beliau kecewa dengan dirinya dan dengan keputusan perlawanan ini.

"Tidak ada masalah dengan kad merah untuk Pepe tetapi masalah adalah yang kami tidak mendapat tendangan penalti."

Mengenai kejadian yang menyaksikan Carroll dilayang kad kuning, beliau menambah: "Saya tidak fikir ia adalah insiden penalti tetapi saya juga tidak fikir Andy cuba untuk mendapatkan penalti.

"Keputusan untuk tidak memberikan penalti adalah betul tetapi ia sedikit kasar untuk menunjukkan kad kuning kepadanya, beliau sedang cuba untuk tidak terjatuh.

Penugurus Newcastle Alan Pardew mempunyai pandangan berbeza mengenai kejadian Simpson itu dan juga mempertahankan keputusan untuk membenarkan gol kedua pasukannya, apabila Cisse jelas ofsaid apabila Demba Ba hantarkan bola kepadanya tetapi mungkin sentuhan Hatem Ben Arfa atau pemain pertahanan Liverpool menyebabkan bendera tidak dinaikkan untuk ofsaid.
"Sentuhan yang sedikit pada masa itu dari pemain Liverpool meletakkanya onsaid," Pardew berkata. "Ia adalah satu peraturan yang kami pegurus tidak suka tetapi itulah peraturannya."

Mengenai rayuan penalti, beliau menambah: "Bola terkena (Simpson) di bahunya, saya akan terkejut jika pengadil memberikan tendangan penalti untuk insiden itu - tangannya tidak terjulur keluar.

Pemain pertahanan Newcastle Mike Williamson menegaskan pasukannya masih mempunyai harapan untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan selepas kemenangan 2-0 ke atas Liverpool itu.

Jaringan dua gol Papiss Cisse mendorong pasukan Magpies ke mata yang sama dengan Chelsea di tempat keenam di Liga Barclays, dua mata di belakang pasukan di tempat keempat Tottenham dan lima mata di belakang Arsenal yang berada di tempat ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan