Live Streaming

Isnin, 2 April 2012

Redknapp pening


LONDON: Pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengaku tumpuan Luka Modric mungkin terjejas akibat khabar angin mendakwa dia bakal berpindah ke Manchester City selepas Roberto Mancini memuji pemain itu secara terbuka.
Redknapp berusaha keras mengekalkan Modric di Tottenham musim ini selepas Chelsea membuat tawaran lumayan untuk mendapatkan pemain tengah berbakat itu.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy enggan menjual pemain itu tetapi beberapa kelab lain dijangka mengambil kesempatan berikutan masa depan tidak menentu Redknapp untuk mendapatkan pemain Croatia itu sebaik musim perpindahan kembali dibuka.
Chelsea dan Manchester United dikaitkan dengan pemain itu sepanjang musim ini dan pengurus City, Mancini turut memuji Modric.

“Modric adalah pemain yang hebat, antara yang terbaik di Liga Perdana Inggeris,” katanya.

Redknapp terpaksa mengetepikan Modric daripada kesebelasan utamanya awal musim ini selepas tumpuannya didakwa terganggu akibat cubaan Chelsea memikatnya dan pengurus Spurs itu mengaku sukar untuk pemain berusia 26 tahun itu menolak tawaran Mancini berikutan ganjaran lumayan yang diterima pemain di Stadium Etihad.

“Saya fikir jika ditawar £200,000 (RM980,421) seminggu, dia pasti tertarik. Hanya Luka yang tahu apa yang dia inginkan. Kami mahu dia kekal di sini. Kami perlukannya, sayangkannya kerana dia pemain yang hebat,” kata Redknapp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan