Live Streaming

Isnin, 2 April 2012

Harimau Muda benam SAFFC

SAFFC vs Harimau Muda: Fazrul Nawaz, Wan Zack Haikal

Harimau Muda mengekalkan rekod tanpa kalah dalam musim S.League tahun ini selepas menewaskan SAFFC di Stadium Choa Chu Kang pada hari Ahad.
Ahmad Hazwan menjaringkan gol kemenangan tiga minit sebelum tamat permainan selepas Shimpei Sakurada menyamakan kedudukan daripada jaringan gol pembukaan Wan Zack Haikal pada minit ke-61 dalam satu lagi persembahan hebat untuk pasukan dari Malaysia itu.
Salah satu ciri paling hebat yang ditunjukkan anak buah Ong Kim Swee setakat musim ini adalah pendekatan yang amat berani apabila menentang pasukan yang lebih berpengalaman, dan sekali lagi pada malam Ahad itu, mereka memulakan permainan dengan hebat dan hampir-hampir menjaringkan gol dalam tiga minit pembukaan perlawanan.

Hanya beberapa minit selepas wisel permulaan, Thamil Arasu melepaskan rembatan kuat tetapi ia terlalu luas, sebelum Hazwan gagal membuat percubaan yang tepat pada sasaran dengan tandukannya daripada jarak dekat selepas permainan yang cemerlang dari Wan Zack di sayap kanan.
SAFFC sedikit demi sedikit bermain dengan lebih baik dan hampir-hampir menjaringkan gol dengan percubaan Mislav Karoglan dan Fazrul Nawaz dari luar kotak.
SAFFC mulai menguasai permainan dan telah mula mencari jurang dalam bahagian pertahanan Harimau Muda yang biasanya sangat kukuh. Hantaran dari Zulfadli Zainal Abidin pada minit ke-21 membenarkan Fazrul lari bebas dari sayap kiri, tetapi hantarannya untuk Karoglan dihalang oleh Fadhil Shas.

Walaubagaimanapun, dengan kehadiran ramai pemain pantas dalam pasukan mereka, Harimau Muda sentiasa  mengancam apabila membuat membalas gerakan serangan, dan salah satu serangan mereka hampir-hampir membuka jaringan - hantaran tidak sengaja oleh Fandi Othman terpesong dari Shahril Jantan dan terkena tiang gol.

Dalam satu serangan pasukan Harimau Muda pula, Shahril membuat dua halangan yang hebat untuk memastikan pasukannya masuk ke waktu rehat tanpa dibolos pasukan lawan. Yang pertama, apabila beliau menyelamatkan rembatan kencang Gary Robbat, sebelum bangkit untuk menyelamatkan usaha susulan daripada Wan Zack yang bermain dengan cemerlang.
SAFFC memulakan separuh masa kedua dengan baik dan hampir menjaringkan gol sejurus selepas permulaan separuh masa kedua. Karoglan membuat hantaran 1-2 dengan Fazrul untuk membuka ruang di luar kotak, sebelum melepaskan tendangan yang terlalu luas.

Pemain dari Bosnia itu, pemain yang telah menjaringkan gol terbanyak S.League musim lalu, memperbaiki percubaannya pada minit ke-51 apabila Fazrul sekali lagi mendapati beliau dengan hantaran yang rendah, tetapi pesongan beliau sekali lagi terlalu luas walaupun Izham tidak dapat membuat apa-apa.

Dengan permainan kini lebih terbuka, ia menjadi hampir mustahil untuk meramalkan pasukan manakah yang akan membuka jaringan tetapi, pasukan lawat yang berbuat demikian selepas sejam dalam perlawanan.

Selepas mengutip bola dalam kawasan SAFFC, Wan Zack menggelecek bola dengan baik dan melepasi Zulfadli dengan mudah, sebelum merembat bola dengan tenang lepas Shahril.

SAFFC kini memerlukan satu gol untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya satu mata dari permainan, anak buah Richard Bok mula membuat lebih banyak serangan dan hampir-hampir meraih gol penyamaan 15 minit sebelum tamat permainan apabila Sakurada membuat pas yang bijak untuk Karoglan. Sekali lagi, beliau hanya dapat menendang bola luas dalam pertunjukkan yang kurang baik untuk penyerang dari Bosnia itu.

Walaubagaimanapun, SAFFC  tidak boleh dinafikan tiga minit kemudian apabila Tatsuro Inui menghantar tendangan percumanya dari sayap kanan tepat kepada Sakurada yang menanduk bola dengan kuat dan memesongnya lepas tiang lalu masuk ke gol untuk menyamakan kedudukan.

Gol penyamaan itu tidak kurang daripada apa yang pasukan Warriors berhak mendapat selepas bermain dengan sama prestasi dengan pasukan lawan mereka tetapi tiga minit sebelum masa tamat, mereka menyaksikan gerakan ajaib dari Wan Zack.
Pemain yang berusia 21 tahun itu mengambil bola di luar kotak lalu menggelecek lepas beberapa pemain SAFFC sebelum masuk ke dalam kotak penalti dan sebaik sahaja kelihatan seolah-olah beliau akan membuat tendangan, beliau pas bola kepada Hazwan yang tidak dihalang pemain pertahanan SAFFC untuk menjaringkan gol kemenangan dari jarak dekat. 
SAFFC kemudian menghabiskan baki permainan dengan melancarkan serangan habis-habisan kepada gawang Harimau Muda tetapi pasukan dari Malaysia itu berpegang teguh untuk mencatat kemenangan keempat mereka musim ini dan bergerak ke tempat kedua dalam proses itu, di belakang DPMM FC hanya dengan perbezaan gol.

Permainan lain Ahad ini menyaksikan pasukan Courts Young Lions mengutip mata pertama mereka dalam kempen ini dengan keputusan seri 1-1 menentang Balestier Khalsa di Stadium Jalan Besar.

SAFFC vs Harimau Muda

SAFFC: Shahril Jantan, Noh Rahman, Daniel Bennett, Bah Mamadou, Zulfadli Zainal Abidin, Ruzaini Zainal (Erwan Gunawan 89 '), Shukor Zailan, Shimpei Sakurada, Tatsuro Inui, Mislav Karoglan, Fazrul Nawaz.

Harimau Muda: Izham Tarmizi, Shahrul Saad, Amer Saidin, Fadhli Shas, Fandi Othman, Azzizan Nordin (Ferris Danial 81 '), Gary Robbat, Wan Zack Haikal, Syahrul Azwari (Nazmi Faiz 56'), Thamil Arasu (D. Saarvindran 86 '), Ahmad Hazwan.

Kehadiran: 1,786

Tiada ulasan:

Catat Ulasan