Live Streaming

Isnin, 2 April 2012

Ivanovic gembira dengan Torres

Aston Villa vs Chelsea: Fernando Torres



Branislav Ivanovic percaya prestasi Fernando Torres yang bertambah baik telah memberikan semangant kepada Chelsea.
Torres mengakhiri kemarau gol selama enam bulan dalam liga apabila beliau menjaringkan gol dalam masa kecederaan untuk membantu Chelsea menang 4-2 di Aston Villa pada hari Sabtu.

Pemain Sepanyol itu juga membantu rakan-rakan pasukannya menjaringkan tiga gol yang lain, dua kali menanduk hantaran Juan Mata kepada Ivanovic untuk jaringkan gol-golnya.  
Torres terlibat dalam kebanyakan permainan-permainan hebat Chelsea sejak mereka berubah di bawah pengurus sementara Roberto Di Matteo, yang telah menyaksikan mereka menang enam dari lapan perlawanan di bawah bimbingan beliau.   
Torres menjaringkan dua gol apabila Chelsea mengatasi Leicester 5-2 untuk layak ke peringkat separuh akhir Piala FA dan dia juga memberi hantaran kepada Salomon Kalou untuk menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan pertama peringkat suku akhir di Benfica minggu lepas.
Jaringan gol beliau di Villa Park disambut dengan penuh gembira oleh penyokong-penyokong Chelsea, dengan setiap pemain Chelsea juga menyertai dalam  meraikan jaringan beliau, dan Ivanovic mengakui peningkatan dalam pretasi Torres memberikan pasukannya semangat untuk menamatkan musim ini dengan baik.    

"Ia merupakan satu jaringan gol yang penting untuk beliau. Fernando sedang bermain dengan cemerlang," katanya.

"Dia sedang melakukan segala-galanya untuk pasukan ini dan memang patut beliau menjaringkan gol. Beliau adalah seorang pemain yang hebat. Sudah tentu dia telah merasakan tekanan kerana lama tidak menjaringkan gol jadi ia adalah penting bagi kami untuk menyokong beliau.

"Kami tahu betapa hebat beliau boleh bermain, kami melihatnya setiap hari dalam latihan. Tetapi pada masa yang sama, sangat penting untuk beliau menjaringkan gol itu.

"Tetapi untuk kami, kami tahu berapa banyak dia telah membantu pasukan ini. Beliau bukan hanya bermain untuk dirinya sendiri tetapi beliau bermain untuk pasukan ni.

"Selepas perlawanan, beliau tidak berkata apa-apa tetapi saya yang pergi ke beliau dan berkata: 'Terima kasih kerana membantu saya menjaringkan dua gol!'"

Tumpuan Chelsea kini bertukar kepada perlawanan kedua peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada Rabu malam di Stamford Bridge di mana mereka dijangka akan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir untuk menentang sama ada Barcelona atau AC Milan.

Berikutan kempen yang mengecewakan, tidak ramai mengharapkan pasukan Blues untuk maju lebih jauh, terutama sekali jika mereka jumpa Barca, tetapi Ivanovic berpendapat bahawa itu mungkin akan menolong mereka.

"Jika ramai orang berfikir seperti itu, ia boleh menjadi baik untuk kami kerana kami akan berasa kurang tekanan, dan itu sangat penting dalam perlawanan seperti ini," katanya.

"Tetapi kami perlu mengambil perlawanan kami satu-satu.
"Sebenarnya, cerita sebelum permainan tidak begitu penting. Apa yang penting adalah cerita permainan, permainan itu sendiri, dan kami perlu memberi tumpuan kepada itu.

"Rabu adalah permainan yang sangat besar untuk musim kami. Ia merupakan peluang yang besar. Kami mendapat keputusan yang hebat di Lisbon tetapi masih ada perlawanan kedua.

"Kami perlu berhati-hati dan bersedia untuk melakukan apa yang patut."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan