Live Streaming

Jumaat, 4 Januari 2013

Sturridge akhirnya ke Liverpool

daniel sturridge

Daniel Sturridge menjadi pemain pertama untuk berpindah ke Liverpool dari Chelsea dalam persetujuan yang dilaporkan bernilai £12 juta.
Pasukan Reds telah lama sasar penyerang yang berusia 23 tahun itu dan telah menghubunginya pada bulan Ogos lepas.
Sturridge telah memberitahu liverpoolfc.com: "Saya amat teruja dan bangga untuk ke sini."
"Brendan Rodgers menyatakan bahawa beliau telah lama merancang perpindahan ini - dan saya rasa yang saya akan kekal di sini. Saya tidak menandatangani kontrak semata-mata untuk berpindah ke tempat lain.
"Saya telah menandatangani kontrak untuk kekal di sini. Ini adalah kelab gergasi dan bagi saya - satu=satunya kelab terbesar di dunia - mereka mempunyai para peminat dan pemain yang bertaraf dunia."
Sturridge telah mula kerjayanya di Manchester City di mana beliau merangkul penghargaan sebagai penjaring gol terbanyak Piala Pemuda FA 2008, beliau telah menjaringkan enam gol dalam 32 penampilan - sebahagian besar darinya sebagai pemain gantian.
Beliau kemudian berpindah ke Stamford Bridge pada musim 2009 dimana beliau menjaringkan 24 gol dalam 96 penampilan, tetapi beliau hanya membuat 31 penampilan dalam kesebelasan utama dalam tiga setengah tahun.
Dalam masa itu, beliau telah melalui persetujuan pinjaman di Bolton, dengan menjaringkan lapan gol dalam 12 penampilan.
Sturridge telah menyatakan yang beliau ingin berpindah pada awal musim ini supaya dapat bersaing untuk peluang mewakili England terutama setelah membuat penampilan untuk negara pada bulan November 2011 di Sukan Olimpik.
Rodgers telah merancang persetujuan pinjaman pada mulanya tetapi Sturridge ingin terus berpindah.
"Saya sangat teruja. Saya tidak sabar untuk memulakan perlawanan." kata Sturridge.
"Saya sudah lama belum bermain - saya telah mengalami beberapa kecederaan dalam beberapa bulan lepas - tetapi kini saya bangga dapat serta kelab gergasi ini, untuk menyumbang kepada revolusi yang akan datang.
"Saya harap kami dapat membawa kejayaan kepada para peminat.
"Saya anggap diri saya sebagai penyerang. Saya rasa saya dapat menyumbang dengan baik kerana mempunyai ciri-ciri yang diperlukan dan dapat menjalankan tugas yang terbaik sebagai penyerang utama.
"Saya telah bermain di bahagian sayap dan telah menimba banyak pengalaman. Saya tidak akan menolak permintaan untuk bermain di mana-mana dan saya tidak minta untuk hanya bermain di posisi penyerang.
"Bagi saya, apa sahaja yang pengurus minta saya akan cuba dengan sepenuh hati demi kelab dan para penyokong."
Sturridge juga telah menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk bergabung dengan Suarez.
"Ia amat mengagumkan untuk mempunyai beliau sebagai rakan sepasukan." katanya.
"Beliau pemain yang handal, berbakat dan merupakan antara penyerang terbaik di dunia sekarang.
"Saya gembira dapat bergabung bersamanya dan saya yakin kami dapat bermain dengan baik bersama-sama.
"Bersama dengan Luis, Raheem (Sterlin) dan pemain lain di sini, saya yakin kami dapat berganding bahu dengan baik.
"Kami mempunyai ciri-ciri yang sama jadi saya harap gabungan kami akan digeruni pemain pertahanan lain."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan