Live Streaming

Khamis, 3 Januari 2013

Redknapp: Lampard tiada gantinya

Frank Lampard, Chelsea

Pengurus Queens Park Rangers berpendapat, keengganan Chelsea untuk menawarkan kontrak baru kepada Frank Lampard adalah kesilapan besar.
Kurang setahun selepas Chelsea dinobatkan sebagai juara Eropah, Lampard telah ditunjukkan pintu keluar dari Stamford Bridge sementara pemilik kelab, Roman Abramovich terus dengan rancangannya untuk merombak Blues menjadi pasukan yang muda dan berdinamik.
Majoriti penyokong kelab kurang senang dengan perkembangan ini tetapi pengurusan Chelsea tidak ambil peduli. Redknapp bingung dengan keputusan Blues untuk melepaskan pemain yang telah banyak memberi sumbangan kepada mereka.
"Secara peribadi saya rasa ia satu kesilapan yang besar untuk melepaskan Frank. Kita semua lihat beliau menjaringkan dua gol hebat menentang Everton. Beliau masih pemain yang hebat," kata Redknapp.
"Beliau mempunyai keistimewaan dengan berada di dalam kotak penalti tepat pada masanya. Itu satu anugerah yang beliau miliki dan saya rasa tiada siapa yang boleh menggantikannya."
Pengurus QPR itu turut percata setiap kelab memerlukan seorang pemain sepertinya untuk menjadi contoh kepada pemain lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan