Live Streaming

Khamis, 3 Januari 2013

RVP kagum dengan Red Devils

Wigan vs Man United: Robin Van Persie

Penyerang Manchester United Robin van Persie memuji keinginan beraksi untuk satu sama lain dalam skuad dan kagum dengan mentaliti juara mereka.
Van Persie membantu United menang 4-0 ke atas Wigan untuk mengekalkan jarak tujuh mata di puncak liga dengan jaringan dua gol sementara Hernandez juga turut memberi sumbangan.
Penyerang dari Belanda itu gembira dengan cara kemenangan mereka dan kagum dengan semangat pasukan Red Devils yang dikatakan hanya dimiliki oleh pemain yang dahagakan kejuaraan.
"Ini satu pasukan yang istimewa. Semua pemain ingin membantu satu sama lain. Semua ingin masing-masing menjaringkan gol. Pemain pertahanan bekerja keras untuk pemain tengah, pemain tengah berusaha untuk penyerang...semua terus berusaha dan mempunyai satu matlamat dalam minda.
"Kita harus lihat dari satu perlawanan ke satu perlawanan tetapi semua ingin menjadi juara. Saya merasakan diri saya dikelilingi oleh juara. Mereka tahu bagaimana untuk menang dan itu membuatkan kerja saya lebih mudah."
Bekas pemain Arsenal itu memuji rakan sepasukannya yang tidak pentingkan diri sendiri dan percaya itu adalah satu faktor yang besar disebalik kemampuan United untuk menjaringkan banyak gol musim ini.
"Saya dan Javier menjaringkan dua gol masing-masing dan dia membuat hantaran yang baik kepada saya bagi jaringan pertama saya. Ia merupakan jaringan yang baik kerana setiap sentuhan adalah sentuhan yang betul, pada pendapat saya.
"Gol yang pertama berada di belakang saya dan saya terpaksa membawanya menggunakan kaki kiri sata. Itu satu sentuhan yang baik. Kemudian saya menunggu seseorang untuk membantu, memberi sentuhan yang baik dari dalam dan memberi penyudah yang pantas. Tiga sentuhan tetapi semua sentuhan yang baik.
"Ia satu persembahan yang baik kami menjaringkan empat gol di masa yang tepat. Lihat sahaja gol yang terakhir - Danny mahu memberikan bola kepada saya agar saya dapat menjaringkan gol. Semua pemain seperti itu. Saya seperti itu, Chicha juga begitu...semua ingin berkongsi jaringan dan itu pada pendapat saya, satu cara untuk menjaringkan gol yang banyak."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan